10 Nama Watak Filem P.Ramlee Paling Lawak Sepanjang Zaman

0
163
views

Filem P.Ramlee meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap jiwa masyarakat Malaysia. Antara yang sangat unik dalam filem P.Ramlee adalah pada nama watak-watak yang lawak.

Tuan Sadiq Segaraga dan Kassim Patalon seronok tertawa memperkenakan orang dalam melaksanakan agenda : “Dalam rumah ini ada undang-undang”

 

Berikut adalah antara 10 nama watak yang paling best sepanjang zaman :

1. Sadiq Segaraga

Saudagar penipu dalam filem Tiga Abdul, yang akhirnya kena jual oleh anakanda Abdul Wahub. Haha

2. Kassim patalon

Hah, ni lah tuan penasihat 20 percent dalam Filem Tiga Abdul, yang menjadi orang kepercayaan Sadiq Segaraga. Akibat memberi nasihat dalam memperdajalkan orang lain, last-last skali dia yang paling malang kena jual dan tak laku di pasaran. Kah3.

3. Hussain Lempoyang

Saudagar Onta leher panjang baru satu bulan datang dari dari Cairo. Hahaha. Inilah watak yang terkenal dengan trademarknya : WOW! setelah abdul Wahab dan Abdul Wahib dibeli dengan harga yang lumayan oleh Jamal Pak Tongko (Abdul Wahub)

4. Jamal Pak Tongko

Nama spontan yang digunakan oleh Abdul Wahub ketika mahu membeli khadam Abdul Wahab dan Abdul Wahib dari Hussain Lampoyang. Nama Jamal Pak Tongko hanyalah saja-saja dalam memperkena kakandanya demi memuaskan hatinya lantaran dalam misi membalas dendam. Hah, baru kakanda aku tahuu..Dulu bukan main action lagi..haha

5. Suleiman Akhlaken

Peguam pembela yang diamanahkan oleh Ismet Ulam Raja. Abdul Wahub menemuinya setelah diilhamkan dari mimpi. Dan rupanya harta Ismet Ulam Raja sangat banyak di luar negara.

6. Menteri Fasola

Menteri di negeri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi yang sedang bersembunyi. Last-last mereka dapat kesan di mana dia dengan teropong sakti. Korang tahu kan apa yang sedang dia buat?! Haha.

7. Mashood Al-Buaya

Bapak mertua Syawal, yang juga bapak kepada Mastura. Namanya dilagukan dalam majlis malam kenduri kahwin kampung Pening Lalat.. “Kita semua sepakat..di Kampung Hai Pening Lalat.. Mengucapkan selamat pengantin baru..”

8. Ismet Ulam Raja

Adik beradik Ulam pegaga, demikianlah seperti yang diperkenalkan oleh tok aji narator dalam filem Tiga Abdul. Ismet adalah bapa kepada Tiga Abdul.

9. Fatima Hatem Tai

Tidak ada dalam lakonan. Hanya ada fotonya dan diterangkan oleh Tok aji narator dalam filem Tiga Abdul sebagai isteri kepada Ismet Ulam Raja, ibu kepada tiga Abdul

10. Pak Mat Tempe

Tidak ada dalam lakonan, hanya namanya disebut dalam babak filem Seniman Bujang Lapok ketika polis datang membawa berita kepada isterinya yang pekak, bahawa Pak Mat Tempe kena langgar motokar.

 

Ismet Ulam Raja

Fatima Hatem Thai

Menteri Fasola

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here