Wednesday, 17/5/2017 | 1:23 UTC+0
thefhamedia

5 Bisnes Yang Paling Mudah Untuk Anda Mulakan.

 1. Servis car wash bergerak

Tak perlu buka kedai dan beli peralatan mencuci yang mahal-mahal. Pergi rumah ke rumah dan tawarkan servis untuk cuci kereta mereka atau iklankan servis cuci kereta di Facebook. Zaman sekarang semua orang sibuk. Tak semua yang sempat untuk menghantar kereta ke car wash. (Bajet permulaan: Tak sampai RM100).

2. Jual pastri dari rumah

Rata-rata orang kita meminati pastri. Boleh dikatakan makanan seperti roti, kek dan biskut selalu akan mendapat permintaan yang baik. Belajar buat pastri dan jual secara online. Customer lebih terliur di dalam online berbanding kalau letak di kafe atau dewan makan. (Bajet permulaan: RM100 ke atas)

3. Ambil upah jaga budak

Dalam zaman dimana suami & isteri bekerja, mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak adalah sukar. Tambahan pula ramai yang meragui untuk menghantar anak mereka di rumah pengasuh. Ambil peluang iklankan servis di media sosial seperti group Facebook atau WhatsApp. Bisnes ini lebih sesuai kepada golongan wanita. (Bajet permulaan: senyuman & kepercayaan)

4. Jual air Milo depan sekolah

Strategi niaga depan sekolah memang tak dapat disangkal lagi. Kebarangkalian untuk untung adalah tinggi. Tambahan pula boleh dikatakan majoriti budak sekolah sukakan minuman Milo. Untuk permulaan, jual dalam skala yang kecil dahulu. (Bajet permulaan: RM100 ke atas)

5.  Jadi agen dropship

Dropship ialah bisnes secara orang tengah iaitu kita mengiklankan barang dengan harga tertentu kepada pelanggan dan barang tersebut ada pada supplier. Konsep dropship sangat mudah dilakukan kerana ia tak perlukan sebarang modal kecuali internet. Belajar sedikit cara marketing di Facebook dan cari barang yang menjadi trend pada masa sekarang. (Bajet permulaan: data internet)

 

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *