Thursday, 18/5/2017 | 2:29 UTC+0
thefhamedia

5 Langkah Asas Penjagaan Kulit Wajah

Post by relatedRelated post

Memiliki wajah yang sihat dan menawan merupakan impian semua wanita dan juga lelaki. Semua orang menginginkan kulit wajah yang cantik dan jauh daripada masalah jerawat, jeragat dan kedutan. Oleh itu, penjagaan yang rapi perlu dilaksanakan bagi mengekalkan kulit wajah yang sihat dan cantik. Ikuti 5 langkah asas penjagaan kulit wajah yang dapat membantu anda merealisasikan impian memiliki kulit wajah yang sihat dan menawan!

5 LANGKAH ASAS PENJAGAAN KULIT WAJAH.

1. MENCUCI

Mencuci muka dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dan bebas daripada kandungan SLS (apa itu SLS?). Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah iaitu dry, normal atau oily.

2. MEMBUANG SEL KULIT MATI

Kulit wajah kita akan mengalami proses penggantian kulit baru selepas 28 hari. Kulit yang lama akan membentuk sel kulit mati di kawasan epidermis dan ;8kita perlu membuang kulit mati ini dengan menggunakan MASK. Fungsi mask adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan membersihkan kotoran serta lebihan minyak terkumpul daripada tersumbat di liang pori.

3. MENYEGAR

Selepas proses mencuci dan membuang sel kulit mati, kita perlu menyegarkan kulit wajah dengan menggunakan penyegar yang sesuai. Fungsi penyegar ialah:

  • Bilasan terakhir di wajah bagi memastikan tiada lagi sisa kotoran atau sisa pencuci yang tertinggal pada kulit wajah.
  • Untuk mengetatkan kembali liang pori yang terbuka semasa proses mencuci.
  • Sebagai penyediaan untuk kulit wajah menerima produk seterusnya seperti pelembap dan serum.

4. MELEMBAP

Pelembap kulit wajah mesti digunakan selepas selesai mencuci kulit wajah anda. Tujuan pemakaian pelembap wajah adalah untuk memberi keseimbangan lembapan dan memberi air kepada kulit. Kondisi kulit wajah yang sihat ialah mengandungi 60% air dan 40% minyak. Selain itu, pelembap juga berfungsi sebagai pengganti NMF (Natural Moisturising Factor) yang telah hilang.

5. MELINDUNGI

Langkah terakhir ialah memakai pelindung kulit wajah yang mengandungi SPF atau sunscreen yang melindungkan kulit wajah daripada sinaran UVA, UVB, kotoran dan juga pencemaran persekitaran.

 

sumber gambar : http://www.goodhousekeeping.com/

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *