Wednesday, 17/5/2017 | 12:29 UTC+0
thefhamedia

5 Sebab Perempuan Menyukai Teddy Bear

Perempuan dan teddy bear memang tidak dapat dipisahkan. Malah teddy bear juga sering dijadikan sebagai hadiah kepada kaum perempuan pada hari-hari istimewanya. Teddy bear juga mampu mengubati hati perempuan yang sedang merajuk dan dikatakan dapat mengembalikan senyuman yang pudar pada wajah mereka. Mari kita lihat 5 sebab kenapa teddy bear menjadi kesukaan kaum perempuan.

1. Comel

Hampir semua perempuan menggemari sesuatu yang comel seperti patung beruang, kucing dan sebagainya. Hal ini kerana perkara-perkara yang comel mampu mengawal mood perempuan yang sentiasa berubah-ubah.

2. Menggamit kenangan zaman kanak-kanak

Kenangan suka duka pada usia kanak-kanak sentiasa tersimpan kemas di kotak memori meskipun usia sudah menginjak dewasa. Teddy bear dari zaman kanak-kanak mampu mengembalikan nostalgia lama yang sudah ditinggalkan.

3. Teman peluk

Perempuan mempunyai hati yang jauh lebih lembut daripada lelaki. Dengan memeluk teddy bear yang lembut dan juga gebu mampu menenangkan hati daripada perasaan sedih mahupun gusar. Perempuan juga selalu menjadikan teddy bear sebagai ‘bantal busuk’ mereka sewaktu tidur.

4. Membangkitkan sifat keibuan

Setiap perempuan dilahirkan dengan naluri semulajadi untuk mengasihi sesuatu benda, tidak terkecuali teddy bear. Oleh sebab itu, teddy bear mampu membangkitkan sifat keibuan yang ada pada diri setiap perempuan.

5. Teman ke mana-mana sahaja

Teddy bear mampu bertindak sebagai teman peribadi perempuan misalnya ketika melancong ke mana-mana sahaja. Kehadiran peneman ini mampu menghilangkan rasa sunyi yang dirasai apabila melancong berseorangan.

Sumber Gambar: pinkwallpapers.net

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *