Tuesday, 23/5/2017 | 8:35 UTC+0
thefhamedia

7 Perangai Supplier Dropship Yang Perlu Anda Jauhi

Dengan berbaki beberapa hari lagi sebelum bulan puasa, semestinya ramai yang berlumba-lumba untuk mencari duit raya. Antara cara mudah untuk berbisnes sewaktu raya ialah dengan menggunakan cara dropship iaitu menjadi orang tengah yang mempromosikan produk. Namun, bukan senang untuk dapatkan supplier dropship yang betul-betul baik. Jom lihat perangai-perangai supplier dropship yang perlu korang elakkan tambah-tambah menjelang raya:-

 1. Pemalas Nak Reply WhatsApp

Penyakit pemalas ni adalah sesuatu yang sangat teruk kalau dilakukan oleh supplier dropship. Hal ini kerana dropship perlukan bantuan supplier dari segi stok, perincian produk dan lain-lain. Kalau jumpa supplier jenis ni, cuba elakkan awal-awal.

2. Selalu Tak Update Stok

Stok produk adalah perkara paling penting dalam sistem dropship. Biasanya, masalah akan timbul apabila barang yang customer order sudah habis stok. So, akan pening kepala agen dropship.

3. Lembab & Lambat Bertindak

Supplier dropship yang jenis lembab atau lambat bertindak sememangnya tak layak langsung untuk buka dropship. Biasanya supplier jenis ini ada terlalu banyak bisnes dan tanggungjawab dan hanya nak mengaut untung cepat dengan buka dropship. Tambahan pula, dia jenis kedekut nak gajikan staf untuk jaga dropshipnya.

4. Jarang Update No Tracking

Perkara ni penting untuk elakkan agen dropship dari kena maki serta dapat tingkatkan kepercayaan customer. Rata-rata perangai customer sewaktu nak dekat raya semuanya jenis tak sabar dan cepat nak barang. Oleh itu, carilah supplier yang cepat update no tracking.

5. Jenis Tak Bertanggungjawab

Perangai jenis ni dapat dilihat apabila ada masalah seperti tersilap hantar barang, barang yang sampai ada defect dan customer tak berpuas hati dengan barang yang dibeli. Biasanya bila dapat supplier dropship yang jenis malas nak bertanggungjawab, masalah tu terpaksa ditanggung oleh agen.

6. Tiada SOP

Kebanyakan masalah di atas sebenarnya disebabkan oleh ketiadaan Standart Operating Procedure (SOP) oleh supplier dropship. SOP sangat penting untuk memberi panduan kepada agen agar tugas agen berjalan lancar. Apabila supplier yang tak ada SOP, banyak masalah yang akan timbul menyebabkan agen terpaksa menanggung akibatnya. Oleh itu, cari supplier yang ada sistem yang betul-betul baik.

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *