Wednesday, 17/5/2017 | 10:37 UTC+0
thefhamedia

9 Hadiah Hari Jadi Yang Sesuai Untuk Lelaki

Semua orang sukakan hadiah. Tak kiralah samada lelaki mahupun wanita. Kanak-kanak mahupun dewasa. Walaubagaimapun setiap golongan mempunyai kecenderungan, minat serta fitrah yang tersendiri. Begitulah juga kaum lelaki. Apa ya hadiah yang mereka sukai? Berikut adalah antara pemberian yang sesuaidengan mereka.

1. Jam Tangan

Bagi lelaki, jam tangan adalah aksesori yang wajib. Tak perlu jam tangan mahal. Cukuplah jam tangan dengan bajet rendah asalkan cantik dan tahan lama. (Bajet harga: RM30 ke atas)

2. Gajet/ Permainan

Lelaki juga sukakan gajet/ permainan terutamanya yang menjadi trend. Misalnya kamera ‘action-cam’ seperti SJCAM serta GoPro dan permainan seperti dron dan kereta kawalan jauh serta. (Bajet harga: RM 100 – RM500)

3. Kasut

Lelaki lebih sukakan hadiah yang bersifat praktikal iaitu boleh digunakan selalu seperti kasut. Cari kasut mengikut kesesuaian dan keperluan. Misalnya hadiahkan kasut futsal sekiranya hobi lelaki tersebut bermain futsal. (Bajet harga: RM100 ke atas)

4. Perfume

Zaman sekarang, lelaki juga sudah mula menjaga penampilan mereka. Pastikan anda mengetahui brand dan bauan sesuai yang menjadi pilihan lelaki. (Bajet harga: RM20 – 100)

5. Belanja makan

Belanja makan adalah idea yang mudah tetapi disukai oleh lelaki. Namun, buat sedikit kelainan. Sebagai contoh, cetak kupon sendiri dengan meletakkan nilai kupon atau nama menu serta nama restoran. Misalnya, ‘ Kupon makan di KFC RM50. Sah selama setahun’.

6. Pakej Travel

Buat pakej travel secara ‘diy’ untuk hadiahkan kepada lelaki. Pakej travel tak bermaksud perlu travel ke luar negara. Cari destinasi yang dekat dan murah. Cetak kupon pakej travel sendiri seperti ‘Tahniah! anda mendapat hadiah percutian ke Penang yang bernilai RM200!’ (Bajet harga: RM100-300)

7. Baju

Baju juga adalah hadiah bersifat praktikal. Cari baju yang sesuai mengikut keperluan lelaki. Misalnya baju untuk jalan-jalan dan lain-lain. (Bajet harga: RM30 ke atas)

8. Kejutan Majlis Hari Jadi

Nak lebih sweet, rancang sedikit kejutan majlis hari jadi kepada lelaki. Misalnya rancang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan majlis hari jadi tanpa diketahui oleh lelaki tersebut. (Bajet harga: RM 100 ke atas)

9. Coklat/snek

Lelaki juga meminati coklat dan snek. Untuk dibuat hadiah, cari coklat yang ada ‘brand’ seperti Fererro Rocher, Kinder Bueno atau snek biskut seperti Famous.. Jadikan ia sebagai hamper atau boleh terus beli hamper yang sudah siap di kedai. (Bajet harga: RM50 ke atas)

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *