Apa itu SLS?

0
16
views

Pernahkah anda mendengar perkataan Sodium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate & Sodium Lauryl Sulfoacetate?

Ketiga-tiga ini apabila namanya disingkatkan dipanggil SLS…tahukah anda di mana biasanya kita menjumpai bahan-bahan ini? Ya, di dalam produk penjagaan diri yang kita gunakan sehari-hari. Bahan-bahan ini digunakan dalam mandian, sabun basuh, syampu, pencuci muka, ubat gigi, pencuci kereta dan lain-lain bagi menghasilkan buih.

Tetapi, tahukah anda akan bahaya Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?

Kedua-dua bahan ini merupakan bahan kimia yang terbukti secara klinikal boleh mendatangkan kerengsaan pada kulit. Namun, kita perasan tak yang penggunaannya masih meluas walaupun dah terbukti ianya tidak selamat? Sebab kos dan harganya MURAH.

Bagi memastikan orang-orang biasa dan kebanyakan macam kita ni pun mampu untuk bersabun, bersyampu, menggunakan pencuci muka dan sebagainya, bahan sintetik ini digunakan kerana kosnya yang jauh lebih murah berbanding produk-produk organik dan semulajadi.

Jika anda semua perasan, kenapa produk-produk organik dan semulajadi harganya MAHAL? Sebab kos pembuatannya juga MAHAL kerana ia dihasilkan daripada bahan organik dan bukannya menggunakan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan sintetik.

 

Apakah kesannya jika kita menggunakan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?

Kesan paling ketara ialah iritasi kulit terutamanya pada bayi dan orang yang menghidap ekzema. SLS bekerja membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit.

Jika anda perasan, selepas kita bersabun atau menggunakan pencuci muka, kulit akan rasa tegang je…sebabnya minyak semulajadi kulit kita dah dihakis. Jika anda menggunakan pencuci muka yang boleh menghasilkan buih yang banyak, anda akan perasan kulit akan jadi makin kering dan kusam.

Selain tu, SLS juga boleh memberi kesan kepada mata sebab itu apabila sabun terkena mata, kita akan rasa pedih. Ianya boleh memberi kesan jangkamasa panjang iaitu masalah mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.

Anda juga perlu tahu yang SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser…

 

Apa pula Sodium Lauryl Sulfoacetate?

Sodium Lauryl Sulfoacetate adalah ejen pembuih semulajadi yang dibuat dari kelapa atau kelapa sawit. Sodium Lauryl Sulfoacetate lebih selamat kerana bahan semulajadi digunakan untuk membuatnya. Ia bertindak lebih lembut ke atas kulit, tidak meninggalkan kesan iritasi dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Jadi adalah penting untuk anda menyemak kandungan bahan-bahan produk penjagaan diri yang anda gunakan. Kalau boleh, elakkan produk yang mengandungi Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate tetapi pilihlah produk yang mengandungi Sodium Lauryl Sulfoacetate.

Berhati-hatilah memilih produk kerana ianya akan memberikan kesan jangkamasa panjang. Walaupun hari ni, kesannya masih tidak kelihatan, jangan sampai anda menghidap ekzema dan mengalami masalah keguguran rambut yang kronik baru anda hendak bertindak untuk merawat. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.

Sumber: https://www.facebook.com/ikram.irfan.3/posts/660968483913817

Sumber gambar: https://nutritionwithjessica.wordpress.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here