Wednesday, 17/5/2017 | 10:11 UTC+0
thefhamedia

Baru pertama kali nak travel? Jom ikuti 7 Langkah Persediaan ini!

1. Sediakan Bajet Awal

Bagi yang pertama kali merancang untuk travel terutamanya ke luar negara, perkara pertama untuk anda sediakan ialah bajet awal. Bajet tersebut akan digunakan untuk membuat passport dan membeli tiket penerbangan. Bajet awal juga penting dalam merancang lokasi travel yang sesuai.

2. Rancang lokasi travel

Seeloknya, rancang lokasi travel anda dengan teliti. Pastikan lokasi yang anda rancang mempunyai tahap keselamatan yang baik. Ini adalah untuk memastikan pengalaman travel pertama kali anda tidak mempunyai masalah dari segi keselamatan. Selain itu, cari lokasi travel yang sesuai dengan kehendak anda. Misalnya, sekiranya anda inginkan lokasi yang kaya dengan alam semula jadi, teruskan merancang ke lokasi tersebut.

3. Cari Tarikh & Tiket Flight Yang Sesuai

Setelah anda merancang lokasi travel anda, mulakan pencarian tarikh dan tiket flight yang sesuai. Biasanya, harga tiket flight jauh lebih murah pada hari biasa iaitu Isnin – Jumaat. Jangan lupa juga untuk membuat sedikit ‘research’ tentang ramalan cuaca di lokasi yang ingin kita kunjungi berpandukan tarikh yang kita tetapkan. Hal ini adalah untuk mengelakkan kita pergi ke sesuatu lokasi sewaktu cuaca buruk. Selain itu, buat perbandingan tiket flight antara syarikat penerbangan dan tarikh di laman web penerbangan serta laman web jualan tiket seperti Traveloka, Wego dan lain-lain. Suka untuk kami jelaskan bahawa pembelian tiket penerbangan adalah perkara yang sangat penting. Hal ini kerana apabila tiket sudah dibeli, anda ibarat selangkah sahaja lagi untuk pergi travel.

4. Sediakan Passport

Apabila selesai membeli tiket penerbangan, gunakan wang di dalam bajet awal untuk membuat passport. Passport adalah perkara wajib yang perlu dimiliki oleh warganegara Malaysia yang ingin ke luar negara. Kadar bayaran passport yang dikenakan pada masa sekarang berjumlah RM200 untuk tempoh 5 tahun. Tambahan pula, permohonan passport kini lebih mudah kerana ia boleh dilakukan secara online.

5. ‘Study’ Tentang Lokasi Travel

Buat sedikit ‘research’ tentang lokasi yang anda ingin travel. ‘Research’ meliputi tempat-tempat menarik yang ada di kawasan tersebut, akses pengangkutan, lokasi hotel serta keselamatan. Hal ini sangat penting kerana sekurang-kurangnya, anda mengetahui sedikit sebanyak tentang lokasi yang anda ingin kunjungi.

6. Tempah Penginapan Secara Online

Menempah penginapan secara online dapat memudahkan rancangan anda travel. Hal ini kerana anda tidak perlu bersusah-payah mencari penginapan ketika sampai di sana. Tempah penginapan di laman web tempahan seperti Booking.com dan Agoda.com. Cari tawaran penginapan yang membolehkan anda ‘free cancellation’ pada bila-bila masa dan bayar sewaktu ‘check-in’. Hal ini dapat membantu anda sekiranya anda terjumpa tawaran hotel lain yang lebih murah dan bersesuaian untuk anda. Di samping itu, tempah penginapan juga perlu mengambil kira lokasi dan kemudahan. Sebaik-baiknya, cari penginapan yang berdekatan dengan akses pengangkutan supaya ia dapat memudahkan travel anda.

7. Sediakan Bajet Akhir

Seperti di dalam bajet awal, bajet akhir juga penting untuk anda membuat anggaran perbelanjaan sewaktu travel. Bajet akhir meliputi kos penginapan, pengangkutan, makanan serta lain-lain kos. Hasil dari ‘study’ tentang lokasi travel yang akan anda pergi, muktamadkan anggaran bajet perbelanjaan anda. Sekurang-kurangnya, apabila anda sediakan bajet akhir, ia dapat membantu anda untuk mengawal perbelanjaan ketika travel kelak.

Sumber Gambar: comparehero.my

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *