Idea Best Buat “Slide” di Instagram Untuk Tingkat Jualan dan Content Anda!

0
10
views

Baru-baru ini Instagram ada menambah dan memperkenalkan satu fungsi yang sangat menarik yakni Instagram dengan fungsi “Carousel” yang membolehkan kita berkongsi sebanyak 10 gambar termasuk video dalam sesuatu post.

Jika sebelum ini, fungsi “carousel” atau seperti slider ini hanya dikhaskan untuk  pelanggan yang beriklan dengan Instagram, namun, kini fungsi ini dibuka kepada semua pengguna.

Peluang pemasaran dan penjenamaan

Sebahagian jenama atau organisasi memaksimumkan fungsi ini untuk sesuatu yang lebih menarik dan bermanfaat. Malah mampu menjadi elemen dalam pemasaran dan penjenamaan.

Berikut adalah beberapa idea yang boleh digunakan untuk memaksimumkan fungsi corousel ini :

1. Langkah-langkah Resepi

Mari lihat, @williamssonoma ada berkongsi bagaimana mahu membuat samosa, menerusi tutorial resepinya. Fungsi Instagram ini membolehkan resepi samosa ini lebih mudah difahami.

2. Dekorasi & Design

Di bawah boleh dilihat contoh yang digunakan oleh @golddustcollective dalam memaparkan konsep koleksi pada sesuatu tempat serta rekabentuk mahupun dekorasi untuk menginspirasikan sesiapa sahaja. Anda juga boleh cuba dengan memaparkan koleksi sudut-sudut inspirasi atau langkah-langkah dekorasi di rumah anda.

3. Pembelajaran 

Antara yang menarik perhatian adalah menerusi laman @Odgo.Space yang diasaskan oleh seorang founder dari Malaysia. Learning On The Go, Berkonsepkan “Quick Tutorial” yang sememangnya sangat menarik bila menggunakan fungsi Carousel ini.

Laman ini pula memaparkan contoh langkah-langkah dalam aktiviti sains yang menarik :


Lain-lain

Antara idea lain yang boleh diaplikasikan adalah seperti :

  • Aturcara atau tentatif sesuatu event
  • Teka-teki dan jawapan di slide terbelakang
  • Sebelum dan selepas
  • Fungsi-fungsi sesuatu alat
  • Dan sebagainya yang tiada had mengikut kreativiti anda

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here