Wednesday, 17/5/2017 | 11:48 UTC+0
thefhamedia

Jom Kenali Bidang Vexillology

Mungkin inilah kali pertama anda mendengar tentang istilah Vexillology. Apakah maksud Vexillology? Istilah ini secara etimologinya di ambil dari perkataan Latin ‘vexillum’ yang membawa maksud bendera serta Greek iaitu ‘logia’ (kaji). Ia merupakan satu bidang yang mengkaji tentang bendera. Misalnya, kajian bendera melibatkan peranan, simbol serta kedaulatan sesuatu wilayah. Walaupun skop bidang ini tidak sebesar bidang lain, namun ia turut mempunyai organisasi yang digelar  International Federation of Vexillological Associations (FIAV).  Kongres Vexillology juga turut bersidang setiap dua tahun.

Di dalam kajian tentang bendera, para vexillographer banyak melihat tentang apa yang ada di dalam sesebuah bendera dan makna sesuatu bendera. Sebagai contoh, terdapat bendera negara yang meletakkan panji rasmi mereka di dalam bendera. Misalnya seperti bendera negara Brunei Darussalam. Vexillographer juga turut beranggapan bahawa bendera yang baik adalah bendera yang mempunyai  unsur yang ringkas dan tidak mempunyai elemen yang berat. Di negara kita, kajian tentang bendera sangat sedikit dimana pengajian tentang bendera hanya meliputi silibus subjek seperti Pengajian Am serta Sejarah. Tambahan pula, masih tiada organisasi khusus yang mengkaji tentang bendera di negara kita. Namun, dengan perkembangan bidang-bidang baru di Malaysia, tidak dinafikan bahawa bidang Vexillology mungkin akan turut berkembang.

Sumber Gambar:

actl.tk

www.salon.com/

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *