Keajaiban Istighfar – Ada Janji Tuhan Khabarkan

0
1
views

Tatkala ada kawan yang tanyakan kita betapa mereka tidak tenang dan ditimpa kesusahan, kesulitan dalam hidup, ajaklah mereka dengan satu amalan yang begitu mudah yang disediakan oleh Tuhan untuk sesiapa sahaja. Yakni : Istighfar.

Begitulah sayangnya Allah pada kita .

Motivasi mudah buat hamba yang dalam kesulitan, Mohonlah KEAMPUNAN.

Istighfar

Diceritakan oleh Imam Qurtubi , Tika Orang datang berjumpa Hassan al-Basri, mengadu tentang kemarau, beliau meyuruh supaya Istighfar.Tika datang orang mengadu kehabisan duit, Hassan al-basri juga meminta untuk dia beristighfar. Kemudian datang mengadu akan masalah ketiadaan zuriat, jawabnya juga istighfar. Tika ada pula yang mengadu akan kebunnya yang kering, maka diseru utuk Istighfar.

 

Kenapa semua kena istighfar? Imam Hassan al-Basri ternyata menjawab bahawa beliau memberi solusi istighfar kerana Allah menyebut akan jalan penyelesaian itu dalam Quran.

 

Keajaiban!

Antara keajaiban Istighfar dalam melimpahkan kekuatan, kekayaan, mengeluarkan kita dari kesusahan dan memperbaiki urusan harian kita. Sama-sama kita hayati janji Allah ini pada hamba-hambaNya yang Istighfar.

 

Disebutkan dalam Quran tika Nabi Nuh menyeru umatnya :

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Surah Nuh: 10)

“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (Surah Nuh: 11)

“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh: 12)

 

Secara jelas dari ayat ini, dari Istighfar Allah memberi jaminan akan pelbagai penyelesaian masalah mencakupi : Dihantarnya Hujan- sumber tumbuhnya rezeki, diberinya harta kekayaan yang banyak, anak-pinak serta kebun-kebun tanaman, bersama sungai-sungai yang mengalir

Mari renungi lagi ayat Tuhan pada kuasa Istighfar :

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud: 3)

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

“Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

 

Kerana itulah..jika ada yang bertanya, bagaimana ingin berjaya dalam urusan harian termasuk perniagaan ? Anjurkanlah agar …

Diperbanyakkan Istighfar

Paling menggembirakan adalah Jaminan dihindar dari seksaan

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). (Surah Al-Anfal: 33)

 

Jom Banyakkan Istighfar ya kawan-kawan =)

~ Motivasi dan Kongsi – FazaYafuzu

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here