Kenali Jenis Kulit Anda

0
3
views

 

Tahukah anda setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Cara untuk mengenal pasti jenis kulit ialah dengan melihat saiz pori pada kulit wajah dan sentuh kulit dengan menggunakan belakang tangan. Terdapat 4 jenis kulit iaitu:

1. Kulit normal

Kulit normal mempunyai saiz pori yang sederhana tetapi tidak ketara. Permukaan kulit rasa seimbang. Kulit tidak terlalu berminyak dan kering. Malah kulit kelihatan segar dan lincin.

 

2. Kulit kering

Pori hampir tidak kelihatan pada kulit kering. Permukaan kulit agak kasar jika disentuh menggunakan belakang tangan dan kelihatan kusam serta tidak bermaya. Indidvidu yang mempunyai kulit wajah jenis kering akan merasakan kulit wajahnya tegang dan tidak selesa.

 

3. Kulit berminyak

Pori sangat jelas kelihatan dan bersaiz besar di seluruh muka. Apabila disentuh dengan belakang tangan, kulit wajah terasa melekit. Individu yang memiliki jenis kulit berminyak juga akan rasa tidak selesa akibat minyak yang banyak di muka dan perlu kerap mencuci muka.

 

4. Kulit kombinasi

Kulit kombinasi adalah kulit yang berminyak di kawasan T (dahi, hidung dan dagu). Manakala kawasan lain kering atau normal. Pori jelas kelihatan dan bersaiz besar di kawasan T yang berminyak dan hampir tidak kelihatan atau bersaiz sederhana di kawasan yang kering atau normal.

 

Sumber maklumat: Suzana Abidin (Senior Sales Director Mary Kay)

Sumber gambar: google

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here