K.U.A.T

0
1
views

Perbualan antara dua sahabat………………….

Si A : Aku tak kuat la nak tempuh apa yang sedang aku alami….

Si B : Kenapa?

Si A : Aku rasa berat sangat….( menangis)

Si B : kau tahu tak Nabi kita pun pernah diberi ujian oleh Allah.

Si A : Tahu. Tapi Nabi tabah sebab dia nabi.

Si B : Ya sebab dia Rasullullah. Tapi baginda sangat kuat. Apa la sangat nak dibanding ujian Rasulullah dan nabi-nabi lain dengan ujian yang kita alami.

Si A : ya, ujian nabi-nabi lagi hebat…. =(

Si B : Kau kena ingat setiap hamba Allah akan diuji. Cuma ujian yang membezakan ketaqwaan kita. Ada yang ditimpa ujian yang sangat berat. Ada yang ditimpa ujian ringan je. Ujian ni menandakan Allah sayangkan kita dan Allah takkan timpakan sesuatu ujian itu melainkan Dia tahu hambaNya mampu melaluinya.

Si A : Jadi kau nak kata aku mampu harungi semua yang sedang menimpa aku ke?

Si B :Yup! Aku yakin kau mampu. Banyakkan solat dan sabar. INSYAALLAH akan ada jalan penyelesaian. Kau kena ingat juga ujian ni salah satu penghapus dosa-dosa kita yang lalu…=)

Si A : Tapi aku tak kuat nak lalui seorang diri…..

Si B :Apa guna sahabat?? Aku kan ada boleh bantu kau…boleh bagi kau semangat…InsyaAllah everything will be ok…put your trust on me ^^

Si A : Tapi…..

Si B : Apa pun, letak Allah sebagai tempat utama pergantungan kita ya…bila kita ditimpa ujian mesti kita nak nangis kan? menangislah di hadapan Allah….sebab Allah rindu nak dengar rintihan hamba-hambaNya…..ingat ya terus KUAT!!

Si A : Syukran sahabat! (menangis dan terus peluk si b)

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here