Review Filem : Hacksaw Ridge, Filem Biografi Bertema Perang Wajib Tonton!

0
1
views

Apa yang anda dapat apabila anda gabungkan seorang tentera yang tidak mahu memegang senjata dan perang dunia ke-2? Jawapan, sebuah filem biografi hebat yang bertemakan perang!

Ini adalah ulasan saya mengenai filem Hacksaw Ridge. Saya berikan 9/10 untuk filem ini.

SINOPSIS

Filem yang diarahkan oleh Mel Gibson ini mengisahkan Desmond Doss lakonan Andrew Garfield (The Amazing Spiderman), mempunyai sejarah hitam bersama ayahnya lakonan Hugo Weaving (Captain America) yang menjadikan dia seorang yang membantah keganasan dan pembunuhan. Kepercayaan dan prinsip yang dipegangnya bukanlah suatu masalah sehinggalah dia menyertai tentera.

APA YANG PATUT DISUKAI

Filem ini adalah sebuah filem yang menjadi apa yang filem ini mahu jadi iaitu sebuah filem biografi tentang seorang tokoh perang yang pertama memperoleh ‘Medal of Honor’ tanpa perlu mengangkat senjata. Sebagai peminat filem biografi saya sangat terpikat ketika menonton filem ini.

Mesej yang disampaikan sangat bagus. Filem ini memperlihatkan bagaimana seseorang itu tidak akan rugi apabila dia terus berpegang pada prinsip dan fahamannya walaupun dia diuji dengan pelbagai rintangan. Pegangan itulah yang menjadikan dia siapa yang dia mahu jadi dan pegangan itu juga yang membantu dia untuk terus bangkit memberi sumbangan di dalam perang walaupun dia hanyalah seorang ahli medik perang yang berkeras tidak mahu menggunakan senjata.

YANG MUNGKIN TIDAK DISUKAI

Biarpun filem ini jatuh dalam kategori filem perang, anda dinasihatkan tidak masuk panggung dengan harapan anda bakal menonton filem yang semata-mata berkisar tentang sebuah perperangan dari mula sehingga tamat. Pada pendapat saya filem ini lebih sesuai dikategorikan sebagai filem biografi berkaitan perang seperti filem The Imitation Game. Filem berkaitan perang yang focus pada satu individu dan bukan semata-mata peperangan. Dalam filem ini perang yang dimaksudkan adalah “Battle of Okinawa’.

Walaupun begitu, babak perang di dalam filem ini tidaklah hambar. Kita akan merasa kehebatan perang dalam filem ini dengan ‘audio’ bunyi tembakan dalam suasana perang yang ‘real’. Kita juga akan merasa betapa ‘heroic’ watak utama tanpa senjata di perbatasan peluru tak bermata harus waspada (eh ini lagu si baju hijau).

KESIMPULAN

Apa yang pasti filem ini sangat berbaloi ditonton sekiranya anda minat filem biografi, perang dan drama (benar, ada bahagian yang membuat saya menitiskan airmata). Persembahan lakonan para pelakon yang membintangi filem ini juga amat bagus terutama sekali Andrew Garfield. Jujur saya katakan saya tidak begitu minat dia sebagai Peter Parker (Tim Tobey! OhYeah!) tetapi dia mengingatkan saya kembali mengapa saya suka lakonannya dalam Social Network.

tonton juga review berbentuk video dari tuan Khairil disini :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here