Tahukah anda kulit kita mempunyai lapisan minyak semulajadi?

0
1
views

Secara lumrahnya kita semua ada satu lapisan minyak semulajadi di atas lapisan epidermis kulit yang dipanggil Natural Moisturizing Factor (NMF) dan setiap jenis kulit yang berbeza akan menghasilkan jumlah minyak yang berbeza. Fungsi NMF ni adalah untuk melindungi air/ kelembapan yang terdapat di dalam lapisan epidermis daripada tersejat keluar dan untuk mengelakkan kulit menjadi kering,kasar dan menggelupas.

Bayangkan, apa yang akan terjadi bila orang yang berkulit kering tapi tersalah menggunakan pencuci muka untuk orang kulit berminyak?

Pencuci muka untuk kulit berminyak sememangnya diformulasikan khas untuk membuang lebihan minyak. Tapi kulit kering tidak mempunyai lebihan minyak. Jadi,pencuci muka tersebut akan menghilangkan NMF yang ada dan kesannya,kulit yang kering akan bertambah kering. Jadi jangan terkejut bila pegang muka sendiri rasa bersisik2. oleh itu penting untuk kita tahu jenis kulit sendiri supaya kita dapat mengekalkan NMF semula jadi di kulit wajah.

Selain itu, NMF di wajah kita boleh hilang disebabkan oleh beberapa faktor:

  • Terdedah kepada cuaca yang sangat panas.
  • Persekitaran yang terlalu sejuk dan kering.
  • Pencemaran udara.
  • Menggunakan pencuci muka yang mengandungi SLS.

Sumber rujukan: Syamimi Yusoff (Senior Beauty Consultant, Mary Kay)

sumber gambar: http://ofpof.com/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here