Teknik ini Mampu Naikkan Trafik Website anda 12% lebih Tinggi?

0
1
views

Menarik trafik pelawat ke website adalah satu kerja yang begitu penting dalam memangkin impak terhadap perniagaan anda. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang berfungsi dalam meningkatkan trafik ke laman web.

Perkongsian kali ini adalah meyentuh pada salah satu teknik yang sangat berkesan. Ianya bertitik-tolak dari kuasa Visual!

Tahukah anda, kajian menunjukkan  90% daripada informasi yang kita ingat adalah daripada impak visual. Itulah kuasa visualisasi data.

Apakah itu visualisasi data?

Caranya adalah dengan mempersembahkan data anda dalam bentuk visual. Sebagai contoh anda ingin menceritakan bahawa produk A meningkat jualannya sejak tiga bulan yang lalu. Sudah tentulah mempersembahkannya dalam bentuk graf adalah lebih difahami dan berkesan, berbanding dengan menulis teks yang panjang.

Infografik.

Infografik adalah sebuah set data yang dikumpul dan dipersembahkan dalam bentuk grafik. Menerusinya, segala bentuk info meliputi nombor, teks, gambar yang disampaikan adalah disusun secara sistematik bersama penggunaan warna dan bentuk yang berkesan.

Menurut kajian, dengan memasukkan infografik dalam laman web, ianya memberi kesan terhadap trafik sebanyak 12% lebih tinggi terhadap laman web anda.

Mari tonton video ini bagi melihat impaknya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here