Wanita Ini Sebagai Chief Happiness Officer (CHO) Yang Menggembirakan Semua Orang di Khan Academy

0
1
views

Jawatan seperti CEO, COO, dan CTO adalah sesuatu yang telah biasa kita dengar dan tahu. Namun, jika disebut CHO, kita mungkin akan ‘loading’ seketika. Apakah ianya satu sebatian kimia, ataupun satu singkatan nama organisasi? Sebaliknya, inilah salah satu jawatan istimewa yang diwujudkan di Khan Academy. Menarik seperti namanya, CHO adalah singkatan kepada Chief Happiness Officer. Ya! jawatan ini memang wujud – Ketua Pegawai Kegembiraan!

Jawatan ini dipegang oleh Esther, seorang wanita riang yang diberi tanggungjawab besar dalam mencipta, memupuk serta menyebarkan kegembiraan terhdap keseluruhan pasukan kerja di Khan Academy.

Esther merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Occidental College. Sebelum menyertai Khan Academy, beliau merupakan seorang guru serta tutor persendirian di Philadelphia di samping pernah menjadi penyelaras pentadbiran dalam sebuah komuniti non-profit di Boston. Di Khan Academy, beliau juga dipertanggungjawabkan sebagai Pembantu Khas kepada CEO Salman Khan.

Ternyata, dengan pendekatan kreatif Khan Academy telah melahirkan sebuah pasukan kerja yang sentiasa bersemangat, positif serta tinggi motivasinya lantaran konsep bekerja dengan kegembiraan begitu dititikberatkan dengan sebuah jawatan khas ketua Pegawai Kegembiraan ini!

Ya, ini bukan chobaan. Ia benar-benar wujud – jawatan CHO. 

Rasanya, kita juga boleh memulakan pendekatan kreatif ini, dengan mencipta serta melantik jawatan seperti ini di Malaysia=)

Untuk lebih lanjut mengenai pasukan Khan Academy, boleh rujuk di sini : https://www.khanacademy.org/about/the-team

– Sumber gambar : 1 & 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here