Wednesday, 17/5/2017 | 11:50 UTC+0
thefhamedia

Wow! Inovasi Terbaru Sampan Origami

Masih ingat lagi permainan sampan menggunakan kertas ketika kecil dahulu? Bohonglah kalau sewaktu hujan anda tak pernah main sampan sebegini. Tambahan pula bila buat perlumbaan sampan kertas sama ada di longkang, sungai atau kolam. Namun percayakah anda bahawa sampan origami dari kertas telah melalui idea inovasi yang sangat power dimana ia direka untuk memuatkan size manusia! Sampan origami ini sudah wujud dan dikenali dengan nama ONAK. Ia dihasilkan oleh sebuah syarikat  yang berpengkalan di Brussels, Belgium.

Keunikan ONAK ini ialah fungsinya hampir sama dengan perahu kertas yang kita main sewaktu kecil dahulu. Ia juga direka untuk membolehkan pengguna membawanya ke mana-mana sahaja. Cara menggunakannya ialah dengan membuka lipatan tersebut dan memasang mengikut acuan yang disediakan.

Sampan ini mampu memuatkan dua orang individu dewasa pada satu-satu masa. Ia direka dengan material yang tahan lasak dan mempunyai ketahanan tinggi iaitu bahan ‘honeycomb-Curc’. Inovasi ini dilihat memberi nilai tambah yang sangat baik kepada kehidupan manusia yang semakin menuju ke dunia ‘DIY’ (do it yourself). Tambahan pula, ciptaan ini membolehkan setiap orang memiliki dan membawa sampan sendiri dimana-mana sahaja.  Anda berminat untuk mendapatkannya? Pada waktu ini, harga seunit sampan ONAK berharga 1195 Euro atau bersamaan RM5697. Tapi kami menjangkakan harganya akan terus menurun sekiranya ciptaan ini mula mendapat tempat dan digunakan secara meluas. Untuk lebih informasi, anda boleh layari onakcanoes.com

 

Sumber: Majalah Infiniti, onakcanoes.com

Gambar: www.kickstarter.com

 

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *